LAPORAN PERTANDINGAN

LAPORAN PERTANDINGAN



Berikut merupakan keratan akhbar 2015 yang berkaitan dengan kempen kitar semula. Tercatat di dalam akhbar akan adanya Pertandingan Kitar Semula Sekolah Peringkat Kebangsaan (PERKISS) 2015. Tiada laporan yang sahih yang boleh saya rujuk untuk membuat laporan ini. Maka saya hanya akan berkongsi antara beberapa maklumat yang berkaitan dengan pertandingan ini.

Seperti mana yang tercatat di dalam banner tersebut, pertandingan tersebut adalah terbuka kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang terdapat di seluruh Malaysia. Pertandingan tersebut merupakan anjuran bersama SWCorp Malaysia dan juga Kemeterian Pelajaran Malaysia. Semua penyertaan perlu dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Dan yang paling utama adalah, sekolah tersebut mestilah telah menubuhkan Kelab Kitar Semula/Alam Sekitar di sekolah.

Antara contoh logo Kelab Alam Sekitar di sekolah. 


Tujuan penubuhan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran akan amalan 3R dengan mengubah tabiat dan budaya negara ini. Modul Latihan Kelab Kitar Semula pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah juga telah digunakan sepanjang pertandingan ini, dengan niat untuk mendalami teori 3R dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, ia merupakan satu hasrat murni untuk menggalakkan penglibatan sekolah dalam aktiviti sebegini.

Antara tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta adalah mengumpul barangan kitar semula yang terbanyak di peringkat kebangsaan. Komitmen dan kerjasama sesama anggota dalam sekolah adalah penting untuk megejar kejayaan dalam mengungguli gelaran juara. Penilaian adalah bergantung kepada kutipan barangan kitar semula (kg) per kapita bagi setiap sekolah. Mereka harus menghantar laporan mengikut laporan yang telah ditetapkan dan dihantar ke PPD dan salinan ke Ibu Pejabat Negeri SWCorp.

Aktiviti mengumpul barangan terpakai untuk dikitar semula.


Begitulah laporan yang boleh saya kongsikan bersama pembaca. Saya memohon maaf kerana tidak mampu menyediakan laporan yang lengkap berikutan sumber agak terhad. 





Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI KITAR SEMULA

BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA

BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN