BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN

BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN

Selain daripada bahan-bahan yang telah saya nyatakan di atas tadi, sebenarnya masih banyak lagi barangan lain yang boleh dikitar semula. Oppss… jangan terlupa bahawa dalam konsep kitar semula, kita telah didedahkan akan teori 3R. Jadi segala barangan yang akan saya senaraikan bukan hanya boleh dikitar semula, malahan boleh diguna semula. Antaranya ialah;

a)       Kayu-kayu terpakai
Kayu-kayu terpakai boleh diguna semula dan dijadikan sebagai bahan untuk membuat kraftangan seperti rak kasut, rak rempah atau sarang burung. Bagi penduduk kampung, kayu-kayu terpakai ini boleh dijadikan sebagai kayu api.


Waahhh..cantiknyaaa... kayu-kayu yang terpakai digubah menjadi rak pasu bunga.. Kreatif kann??

b)      Kotak kasut
Seperti kebanyakkan perempuan, kotak kasut adalah antara koleksi terbanyak di dalam almari mereka. Jadi, daripada membuang kotak-kotak kasut tersebut, apa salahnya jika diguna semula untuk menyimpan barangan peribadi atau dibuat kraftangan. Zaman saya kecil dahulu, saya sering menggunakan kotak kasut sebagai ‘frame’gambar dan dipotong mengikut bentuk yang saya kehendaki.

Kotak kasut dijadikan sebagai bekas menyimpan barang perhiasan atau make up.

c)       Cakera CD/DVD
Pasti ramai tidak menyangka bahawa cakera CD atau DVD juga boleh diguna semula. Caranya mudah sahaja iaitu sebagai perhiasan. Kilauan daripada cakera tersebut akan menampakkan keunikan dalam hiasan sesebuah kedai atau rumah. Saya pernah melihat sendiri restoran di Tanjung Malim yang telah menggunakan cakera mainan sebagai perhiasan. Saya sangat tertarik dengan kreativitinya itu.

Salah satu cara cakera CD/VCD diguna semula sebagai perhiasan lampu.


d)      Kotak Telur
Nahhhh…jangan terkejut apabila mendengar kotak telur pun boleh diguna semula. Bagi seseorang yang mempunyai tahap kreativiti yang sangat tinggi, dia akan menggunakan kotak telur sebagai kertas lukisan untuknya mewarna. Selain daripada itu, kotak telur juga boleh diguna semula untuk membuat bunga. Berikut adalah video cara-cara membuat bunga menggunakan bekas telur.




Antara contoh hasil kreatif menggunakan kotak telur.



Saya rasa cukuplah sahaja di sini. Semoga keempat-empat bahan tersebut dapat memberi bayangan kepada pembaca bahawa apa-apa sahaja barangan yang dibuat dan direka adalah berdasarkan kreativiti masing-masing untuk menggubahnya. Barangan yang dikitar semula atau diguna semula harus mempunyai nilai komersial dan mesra pengguna. Barangan tersebut haruslah boleh dipakai dan mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi. 



Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI KITAR SEMULA

BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA