Posts

BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN

Image
BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN Selain daripada bahan-bahan yang telah saya nyatakan di atas tadi, sebenarnya masih banyak lagi barangan lain yang boleh dikitar semula. Oppss… jangan terlupa bahawa dalam konsep kitar semula, kita telah didedahkan akan teori 3R. Jadi segala barangan yang akan saya senaraikan bukan hanya boleh dikitar semula, malahan boleh diguna semula. Antaranya ialah; a)        Kayu-kayu terpakai Kayu-kayu terpakai boleh diguna semula dan dijadikan sebagai bahan untuk membuat kraftangan seperti rak kasut, rak rempah atau sarang burung. Bagi penduduk kampung, kayu-kayu terpakai ini boleh dijadikan sebagai kayu api. Waahhh..cantiknyaaa... kayu-kayu yang terpakai digubah menjadi rak pasu bunga.. Kreatif kann?? b)       Kotak kasut Seperti kebanyakkan perempuan, kotak kasut adalah antara koleksi terbanyak di dalam almari mereka. Jadi, daripada membuang kotak-kotak kasut tersebut, apa salahnya jika diguna semula untuk menyimpan barangan peribadi atau dibu

LAPORAN PERTANDINGAN

Image
LAPORAN PERTANDINGAN Berikut merupakan keratan akhbar 2015 yang berkaitan dengan kempen kitar semula. Tercatat di dalam akhbar akan adanya Pertandingan Kitar Semula Sekolah Peringkat Kebangsaan (PERKISS) 2015. Tiada laporan yang sahih yang boleh saya rujuk untuk membuat laporan ini. Maka saya hanya akan berkongsi antara beberapa maklumat yang berkaitan dengan pertandingan ini. Seperti mana yang tercatat di dalam banner tersebut, pertandingan tersebut adalah terbuka kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang terdapat di seluruh Malaysia. Pertandingan tersebut merupakan anjuran bersama SWCorp Malaysia dan juga Kemeterian Pelajaran Malaysia. Semua penyertaan perlu dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Dan yang paling utama adalah, sekolah tersebut mestilah telah menubuhkan Kelab Kitar Semula/Alam Sekitar di sekolah. Antara contoh logo Kelab Alam Sekitar di sekolah.  Tujuan penubuhan pertandingan

BERITA

Image
Berikut merupakan contoh program yang telah diadakan oleh pihak kerajaan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar. 

AKTIVITI KITAR SEMULA

Image
TAJUK : AKTIVITI KITAR SEMULA Hai korang. Selamat berjumpa lagi. Terima kasih sebab sudi membaca coretan saya. Kali ini saya akan muncul dengan topi terbaru iaitu Aktiviti Kitar Semula.  Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini, kitar semula membawa banyak kebaikan kepada alam sekitar dan juga hidupan di atas muka bumi ini. Saya juga ada menyenaraikan tiga bahan utama yang boleh dikitar semula. Tiga bahan tersebut ialah plastik, kaca dan juga kertas. Sebelum itu, mari kita merungkai pengertian kitar semula ini dahulu. Kitar semula bermaksud proses mengolah bahan buangan untuk dijadikan satu barangan yang baharu. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan kompenon ketiga bagi “Pengurangan pembaziran, Guna Semula, Kitar Semula’ atau singkatannya 3R. Dalam bahasa Inggeris, 3R ialah ‘Reduce, Reuse, Recycle’. Kita akan meneroka satu persatu aktiviti yang boleh dikaitkan dengan istilah ini. a)        Reduce ‘ Reduce ’ membawa maksud pengu

BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA

Image
TAJUK : BAHAN- BAHAN KITAR SEMULA Hai guys… dalam blog saya kali ini, saya akan membincangkan mengenai isu kitar semula yang sememangnya sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia sendiri. Isu ini kerap kali disajikan di media massa seperti surat khabar, laman berita secara talian dan juga di majalah-majalah. Paling utama yang kita dengar adalah kempen kitar semula yang diadakan oleh pihak kerajaan dengan niat untuk mendidik masyarakat sekeliling akan budaya kitar semula.                 Pada pendapat saya, program kitar semula ini membawa banyak kesan positif kepada kita. Antaranya ialah mengelakkan pencemaran persekitaran. Sampah-sampah seperti tin minuman, kotak, kertas dan juga tisu-tisu akan mencemarkan persekitaran baik dari segi pemandangan dan juga kualiti udara. Dengan adanya program kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang untuk pemprosesan, sama ada untuk diguna semula atau membuat benda lain. Sesun