BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA
TAJUK : BAHAN- BAHAN KITAR SEMULA
Hai guys… dalam blog saya kali ini, saya akan membincangkan
mengenai isu kitar semula yang sememangnya sudah sinonim dengan masyarakat
Malaysia sendiri. Isu ini kerap kali disajikan di media massa seperti surat
khabar, laman berita secara talian dan juga di majalah-majalah. Paling utama
yang kita dengar adalah kempen kitar semula yang diadakan oleh pihak kerajaan
dengan niat untuk mendidik masyarakat sekeliling akan budaya kitar semula.
Pada
pendapat saya, program kitar semula ini membawa banyak kesan positif kepada
kita. Antaranya ialah mengelakkan pencemaran persekitaran. Sampah-sampah
seperti tin minuman, kotak, kertas dan juga tisu-tisu akan mencemarkan
persekitaran baik dari segi pemandangan dan juga kualiti udara. Dengan adanya
program kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan
dikumpulkan dan dihantar ke kilang untuk pemprosesan, sama ada untuk diguna
semula atau membuat benda lain. Sesungguhnya persekitaran yang bersih mampu
mengelakkan diri daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus,
yang boleh membawa kepada maut.
Poster ini juga berperanan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya menjaga persekitaran. |
Selain
daripada itu, program kitar semula mampu menyelamatkan haiwan daripada
mengalami kepupusan. Sebagai contoh kilang-kilang yang dibina berdekatan dengan
kawasan laut atau tasik cenderung untuk membuang sisa buangan kilang ke dalam
laut. Minyak atau plastik yang dibuang ke dalam laut akan menyebabkan hidupan
laut mati kerana tertelan benda asing ini. Minyak yang dibuang ke laut atau
tasik akan menghalang udara dalam laut dan membunuh hidupan plankton yang
terdapat di dalamnya.
Opppsss…
rasanya sudah banyak saya menyimpang daripada topik sebenar. Sebenarnya saya
ingin berkongsi dengan anda antara barangan yang boleh dikitar semula.
Berdasarkan pembacaan saya, kaca, plastik dan kertas adalah bahan utama yang
boleh dikitar semula. Mari kita merungkai satu persatu-satu peranan ketiga-tiga
bahan ini sebagai bahan utama kitar semula.
a)
Kaca / Aluminium
Kaca akan diasingkan mengikut warna namun apabila ianya
dicairkan, ia masih mengekalkan warna kaca yang sama. Contohnya, botol kaca
warna merah akan kekal berwarna merah dan tidak akan berubah hitam atau hijau.
Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan
dihancurkan dan ditambah sedikit bahan mentah yang lain untuk membuat kaca yang
baru.campuran tersebut akan dipanaskan sehingga menjadi cecair dan dibentuk
untuk menjadi satu botol yang baru. Apabila sejuk, ia akan diperiksa agar tiada
kecacatan atau keretakan, dan barulah dihantar ke kilang-kilang untuk dijual.
b)
Kertas
Semua jenis kertas sama ada berwarna atau tidak seperti
surat khabar lama, majalah, buku, risalah dan calendar boleh dikitar semula. Semua
barangan ini akan dihantar ke kilang untuk diproses di mana pada mulanya proses
mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu proses
pembersihan daripada kotoran yang nyata. Kertas-kertas tersebut akan dinyahkan
warna dan dakwatnya sebelu menjalani proses pembersihan, penapisan dan
pencerahan. Hasil yang diperolehi daripada proses di atas akan dicampurkan
dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas
kemudiannya akan diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi
satu golongan yang besar. Gulungan kertas tersebut dipotong mengikut kehendak
pelanggan.
Contoh aliran pemprosesan kertas. |
c)
Plastik
Botol minuman plastik, botol air mineral, beg-beg plastik membeli
belah dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik adalah antara kategori plastic
yang boleh dikitar semula. Plastic-plastik ini akan dikategorikan mengikut
jenis. Plastik akan dipisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz
lebih kurang 1 sentimeter. Seperti yang lain, plastik-plastik ini akan dicuci
untuk membuang segala kotoran dan dikeringkan melalui saluran udara panas. Serpihan-serpihan
plastik ini akan dibungkus untuk dijual atau dijadikan bahan baru. Jangan lupa
untuk mengasingkan plastik kerana plastik cair pada suhu yang berbeza.
Jadi kawan-kawan, awak semua sudah tahu kan serba sedikit
mengenai bahan-bahan kitar semula. Jadi lepas ini bolehlah mengamalkan budaya
kitar semula dalam keidupan seharian. Paling penting, ingat bahawa setiap kod
warna tong sampah kitar semula adalah berbeza. Tong biru adalah untuk membuang
kertas, tong warna coklat untuk membuang kaca manakala tong warna jingga untuk
membuang aluminium dan plastik. Persekitaran yang bersih mampu mewujudkan
suasana yang sihat dan jauh daripada penyakit.
Comments
Post a Comment